i always wonder...
kenapa abang saya seorang itu...
selalu malas nak dengar cerita k-pop saya.. =(
saya terasa tau~
sebab saya selalu dengar je kejadah apa yang dia nak cerita..,
saya dengar jee~ (walaupun kadang2 tu memang malas nak dengar)
sebab yelah, jarang jumpa kan? (lagipun saya sayang sama dia maaa~ ><)
hahaha..
Dia lupa kee..
yang kenalkan k-pop pada saya...
DIA SENDIRI...
***flashback
-last year, December -
me : (tukar channel TV) eerm... tak de citer best la...
then aku tengok 'info' channel Hitz.
Ia tertulis di situ bahawa sekarang K-POP HITZ sedang bersiaran
me : ( hmph,, tak habis-habis k-pop.. aku J-pop! ) .. tak best arh..
along : eeh, angah,, tengok kejap ngah, k-pop hitz..,
me : (tengok along) ... (turn to channel Hitz ) <----- dengar cakap abang!
maka, aku tengok la video korea pertama aku..,
ZE:A .., ALL DAY LONG..
selepas saya menonton video ini ..,
saya bertanya kepada diri saya...
'KEJADAH HARAM APAKAH YANG SAYA TONTON INI?'
lalu saya tengok muka along..
dan saya tanya dia soalan yang sama (tp ubah sikit menjadi lebih sopan)
along : baru satu.., try tengok yang laen..
me : .....
waktu tu saya pikir.., korea ni.., hensem tu memang la hensem.., tapi kenapa lagu dia tak sedap sangat?? Harapkan muka semata kah??
lepastu lagu lain pulak dipertontonkan..,
CN BLUE, LOVE
well.., lagu ni catchy , okay? hahaha.., but at that moment saya tak terasa nak follow k-pop lagi lepas dengar lagu ni.., well.., suara vokalis mereka Yonghwa memang sedap! saya akui ketika itu !
then adalah beberapa lagi lagu yang tak best sangat pada saya...
muncul kat kaca TV...
tapi tak ada satu pun yang buat my heart racing ( huh??)
sampailah satu saat ni..,
ada satu video keluar..
starting lagu tu bodoh2 je..
'oh, oh, oh, oh,'
'oh, oh, oh..'
saya pon angkat muka dan tengok skrin TV saya..
dan saya nampak...
tapi waktu tu saya tak nampak dia macam ni,,
saya nampak dia macam ni ...
bersinar-sinar! hahaha..
maka saya pun tertunggu-tunggu la tajuk lagu tu ngan nama penyanyi ni..
( selalunya ditunjukkan lepas video dah habis)
tapi tak muncul-muncul pun..
jadi saya tak boleh nak carik info pasal mereka,
saya sedihh.. (TT_TT)
dan, sebab saya tak tau nama dia, (yang bersinar tu)
saya decide nak panggil dia 'matang' jer..
well,, muka dia matang, kan?? ^^
beberapa hari lepas tu...,
saya dapat tahu..., mereka ialah SUPER JUNIOR..
dan lagu itu bertajuk NO OTHER..
saya check internet untuk tahu nama2 member SUPER JUNIOR
saya dapati nama si 'matang' saya itu ialah CHO KYUHYUN,
lahir pada 3 FEBRUARI 1988..,
berat 68 KG,
tinggi 180 CM ( masyaallah, tingginya kau, bang)
blood type A ( saya o' .., bolehla menderma!! [??] )
mula-mula memang lah minat kat dia sahaja..,
tapi lama kelamaan..
lepas tengok macam-macam show ..
suju intimate note
suju EHB
suju foresight (their own show)
dan saya tengok ragam diorang...
hm...,
sejak tu...
saya suka mereka semua...
13 orang ni...
JADIK,
ALONG~~
hehehe~~~
tiada guna menyesal sekarang!!!
^^